Taktik berlindung di sebalik jubah tak jadi
Iklan
Kesemua suspek yang ditahan dalam operasi malam tadi kerana didapati positif dadah.
KOTA BHARU - Cubaan seorang lelaki 'berselindung' di balik jubah bertujuan meloloskan diri daripada sekatan jalan raya di Panji, di sini, semalam, gagal apabila ditahan bersama empat lagi suspek lain.
Kesemua mereka berusia 19 dan 40 tahun itu ditahan pada Ops Motosikal 2019 pada jam 9 malam.
Iklan
Iklan
Operasi sempena perayaan Tahun Baharu Cina itu dilakukan 17 anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), lapan anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Kota Bharu serta masing-masing tiga anggota dari Imigresen, Jabatan Alam Sekitar dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM).
Timbalan Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Apandi Jusoh berkata, kesemua suspek didapati positif dadah melalui ujian air kencing yang dilakukan dan ditahan AADK Kelantan untuk tindakan lanjut.
Iklan
"Seorang daripada suspek yang ditahan memakai jubah. Kami tidak menolak kemungkinan penyamaran pakai jubah ini salah satu taktik untuk mengaburi pihak berkuasa.
"Suspek cuba membuat kami bersangka baik, tapi apabila ujian air kencingnya positif dadah, dan kami turut menjumpai satu peralatan menghisap syabu,” katanya kepada pemberita.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Lebih 100 penoreh getah di Kuala Krai ‘gantung’ pisau gara-gara pak belang"><meta itemprop="description" content="Lebih 100 penoreh getah di Kuala Krai ‘gantung’ pisau gara-gara pak belang
Kemunculan seekor ibu harimau belang bersama anaknya di beberapa kampung di Kuala Krai bukan sahaja mencetuskan kebimbangan penduduk, malah menjejaskan sumber pendapatan lebih 100 penoreh getah yang terpaksa menghentikan rutin harian mereka sejak hampir dua minggu lalu.
Lebih membimbangkan, haiwan pemangsa itu dipercayai berkeliaran di kebun getah dan semakin menghampiri kawasan penempatan penduduk sehingga menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan penduduk serta haiwan ternakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801601/edisi/kelantan/lebih-100-penoreh-getah-di-kuala-krai-gantung-pisau-gara-gara-pak-belang
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ancaman #harimau #penorehgetah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-23T07:53:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P188S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbqmxuu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbqmxuu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbqmxuu"></script>