Kenyataan mengenai vaksin Covid-19 untuk umat Islam minggu depan
Iklan
PUTRAJAYA - Kerajaan akan mengeluarkan kenyataan berhubung penggunaan vaksin Covid-19 dalam kalangan umat Islam di negara ini minggu depan selepas keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas mengenai hal itu dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Majlis Raja-raja.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas itu bersidang semalam.