Wanita maut dihempap kereta terjunam dari parkir kondominium
Iklan
Mangsa yang parah maut di tempat kejadian. Gambar kecil: Kim Hui Ping
GEORGETOWN - Seorang wanita maut manakala seorang wanita warga emas cedera parah dalam kemalangan di parkir sebuah kondominium di Green Lane di sini pagi tadi.
Ketika kejadian kira-kira jam 11.54 pagi itu, mangsa, Kim Hui Ping, 49, yang sedang berjalan dilanggar kereta Toyota Vios dipandu seorang warga emas lalu diseret sebelum kenderaan itu merempuh dinding tempat letak kereta di tingkat satu itu.
Iklan
Iklan
Kenderaan itu kemudiannya terjunam kira-kira 6.1 meter dan jatuh ke atas sebuah kereta lain yang diparkir di bawah bangunan tersebut.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, siasatan awal mendapati, ketika kejadian, seorang wanita warga emas berusia 71 tahun sedang memandu keretanya untuk ke tempat parkir kondominium tersebut.
Iklan
Menurutnya, sebaik tiba di selekoh laluan ke parkir, mangsa melintas di hadapan keretanya menyebabkan warga emas tersebut terkejut lalu tertekan pedal minyak dan melanggar mangsa.
Keadaan kereta Toyota Vios yang terjunam dari ketinggian kira-kira 6.1 meter.
"Mangsa dikatakan melintas di laluan itu untuk pergi ke keretanya yang juga diletakkan di tempat parkir tersebut.
Iklan
"Akibat rempuhan itu, kereta yang dipandu warga emas tersebut terjatuh ke atas sebuah lagi kereta yang diletakkan di kawasan kondominium tersebut. Pemandu kenderaan mengalami cedera parah selepas tersepit di tempat duduk," katanya ketika dihubungi tadi.
Tambahnya, mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat manakala wanita warga emas kini masih dalam rawatan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Sementara itu, Pegawai Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Yusri Zakaria berkata, pihaknya mengambil masa 10 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Kejadian berlaku di tempat letak kereta di tingkat satu sebuah kondominium di Green Lane.
Dalam pada itu, pengawal keselamatan, S Thinagaran 36, berkata, dia masih terkejut dengan kejadian tersebut dan tidak mampu berbuat apa-apa kerana kejadian berlaku sangat pantas.
Menurutnya, menjadi kebiasaan mangsa yang selalu mencuci kakinya di paip berdekatan tempat letak kereta sebelum memandu kenderaannya ke parkir kondominium tersebut.
"Ketika kejadian, mangsa sedang melintas jalan untuk ke keretanya selepas mencuci kakinya.
"Saya menjerit memberi amaran kepada kedua-duanya namun kejadian berlaku begitu pantas," katanya.
Walaupun motosikal yang ditunggang tidak memenuhi spesifikasi ditetapkan, dua anggota polis trafik dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang tetap tampil membantu atas dasar kemanusiaan dengan menunda sebuah motosikal Yamaha RX-Z yang mengalami kerosakan sejauh tiga kilometer (km), lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Sarjan Yufaiza Azha Yunos, 41, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang pada Isnin di Jalan Marang-Bukit Payung (Bukit Kor) berhampiran sebuah universiti swasta yang tidak berpenghuni.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/768511/berita/semasa/abang-trafik-tunda-3km-rxz-rosak
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.