Polis Kelantan kutip RM6.2 juta saman trafik
Iklan
Mohd Zamri
KOTA BHARU - Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan mengutip RM6.2 juta membabitkan 53,095 saman yang diselesaikan pesalah trafik pada program tawaran separuh harga sehingga Rabu lalu.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kelantan, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, kutipan itu melebihi dua kali ganda nilai sasaran RM3 juta yang ditetapkan oleh pihaknya.
Iklan
Iklan
Menurutnya, program sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V itu dilaksanakan dalam tempoh 11 hari bekerja bermula 16 sehingga 30 November lalu.
"Pembayaran dilakukan di Kaunter Semakan dan Bayaran Saman di 10 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di bawah seliaan kontinjen Kelantan.
Iklan
"Hari pertama, jumlah kutipan yang diperoleh melebihi setengah juta ringgit iaitu sebanyak RM575,150 sehingga terakhir pada Rabu lalu mencatat kutipan hampir RM1juta iaitu RM958,880. Keseluruhan saman yang diperoleh adalah RM6,157,940,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.
Katanya, kutipan itu melibatkan sejumlah 53,095 saman daripada pelbagai kesalahan.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Saya reda' - Ibu mangsa kemalangan maut"><meta itemprop="description" content="'Saya reda' - Ibu mangsa kemalangan maut
"Saya reda."
Demikian kata Seedah Arwae, 51, yang kehilangan anak sulung dan bongsu lelaki dalam satu kemalangan maut melibatkan tiga mangsa di Kilometer 90, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Bukit Bauk, Terengganu pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa Mohamad Zulkefli Ishak, 32, yang merupakan anak sulung daripada lima beradik dan isteri, Norshila Zali, 36, maut di lokasi kejadian.
https://www.sinarharian.com.my/article/802002/edisi/kelantan/saya-rapat-dengan-mereka---wanita-reda-hilang-anak-sulung-bongsu-sekali-gus
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #beritasemasa #kemalanganmaut #keskemalangan #KualaKrai"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-26T11:28:36.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P130S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbraq7y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbraq7y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbraq7y"></script>