Kedai makan, restoran dibenar sehingga jam 10 malam
Iklan
KOTA BHARU - Mesyuarat Khas Covid-19 memutuskan operasi kedai makan dan restoran di Kota Bharu dihadkan sehingga jam 10 malam susulan peningkatan kes Covid-19 di negeri ini.
Perkara tersebut dimaklumkan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Tuan Zainal Abidin Tuan Yusuf dalam satu kenyataan di sini hari ini.