Banjir kilat di Kampung Jimah Lama

Iklan
Penduduk kampung diarahkan bersiap sedia untuk dipindahkan.

PORT DICKSON - Hujan lebat mengakibatkan air Sungai Jimah melimpah dan berlaku banjir kilat di Kampung Jimah Lama pagi tadi.

Menurut laporan awal Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), Angkatan Pertahanan Awam (APM) Port Dickson, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira jam 10 pagi.