Tukang Jahit Pukat

Iklan
Tukang jahit pukat Mat Yeh Mamat meneliti sebahagian pukat yang dijahit bagi memastikan dalam keadaan baik sebelum diserahkan kepada pelanggan ketika ditemui di Kampung Pulau Gajah, Sabak, Pengkalan Chepa di sini. Berpengalaman lebih 40 tahun menjadikan Mat Yeh sering menerima tempahan daripada nelayan tempatan. Kebiasaan pukat yang sering menjadi tempahan pelanggan adalah pukat hanyut atau dikenali sebagai pukat kaya yang digunakan untuk menangkap pelbagai spesis ikan antaranya kembung, selar, bawal, kerisi manakala pukat udang pula digunakan untuk menangkap udang. - Foto Bernama