648 ditahan ingkar PKP

Iklan
Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR - Polis menahan 648 orang semalam kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 54 individu direman, manakala baki 594 lagi dikenakan kompaun.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kesalahan paling banyak dilakukan semalam adalah melibatkan aktiviti di pusat hiburan yang merangkumi 331 tangkapan.

AKAN MENYUSUL

Iklan
Iklan