Umno, Pas kongsi pentas di Pontian
Iklan
Ahmad (kiri) beramah mesra dengan pengunjung di sebuah gerai di Pontian.
PONTIAN - Kerjasama politik antara Umno dan Pas peringkat Parlimen Pontian mula menunjukkan perkembangan positif apabila kedua-dua parti ini bakal berkongsi pentas ceramah politik pada bulan hadapan.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ceramah politik yang bakal dihadiri ‘orang kuat’ Pas, bukti jalinan kerjasama politik akar umbi sebagaimana diarah kepimpinan parti.
Iklan
Iklan
"Ceramah politik pada bulan Mac depan ini akan memperkuatkan lagi hubungan Pas dan Umno dari akar umbi.
"Yang pasti ceramah ini diadakan di kawasan paling strategik bukan di kampung tetapi lokasinya di tengah-tengah antara Benut dan bandar Pontian,” katanya.
Iklan
Ahli Parlimen Pontian ini juga mengesahkan telah bersemuka secara santai dengan kepimpinan Pas Parlimen Pontian sebelum ini.
"Hubungan ini diperkuatkan lagi dengan ceramah bersama saya dan Pas nanti,” katanya ketika ditemui selepas menziarahi ahli jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Pontian di Hospital Pontian, di sini.
Iklan
Sementara itu, mengulas mengenai PRK Dun Semenyih pada 2 Mac depan, beliau menegaskan semangat Cameron Highlands akan dibawa BN ke Semenyih.
Katanya, perkembangan negara akhir-akhir ini memberi keyakinan kepada BN memenangi kerusi tersebut yang disandang Bersatu.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Kerajaan Johor akan terus membela semua kaum'"><meta itemprop="description" content="Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang baharu diingatkan supaya terus melaksanakan tanggungjawab tanpa berlengah, sambil menegaskan tiada istilah 'berbulan madu' dalam pentadbiran kerajaan negeri, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, semua Exco perlu segera turun padang dan bekerja bagi memastikan mandat yang diberikan rakyat dapat diterjemahkan melalui penyampaian perkhidmatan terbaik serta pelaksanaan agenda pembangunan Johor.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788322/edisi/johor/exco-johor-diarah-terus-turun-padang-tiada-ruang-bulan-madu
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #MBJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-18T06:43:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/cg1_I1gMo2dwHqv8l/x1080"><meta itemprop="duration" content="P68S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaq4q8i"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaq4q8i"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaq4q8i"></script>