300 pekerja kilang Kluster Jalan Haruan disaring

Iklan
Kelihatan anggota Pejabat Kesihatan Daerah di kawasan Jalan Haruan untuk melakukan saringan. Gambar kecil: S Veerapan

SEREMBAN - Lebih 300 pekerja sebuah kilang di Jalan Haruan di sini yang kebanyakannya warga asing disaring selepas wujud Kluster Jalan Haruan dua hari lalu.

Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan menasihatkan penduduk dan peniaga di sekitar Oakland Seremban 2 tidak perlu panik berikutan kewujudan kluster berkenaan.

Iklan
Iklan

"Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) telah mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan tiada penularan di kawasan luar,"katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya, PKD sedang berusaha mengesan 100 peratus kontak rapat membabitkan individu yang disahkan positif koronavirus (Covid-19).

Iklan

Kata Veerapan, pihaknya yakin penularan tersebut akan dapat dikawal dan diputuskan dengan baik.

"Rakyat hanya perlu patuh pada SOP yang ditetapkan dan sentiasa menjaga keselamatan diri," katanya.

Iklan

Terdahulu, seramai 113 kes positif Covid-19 membabitkan Kluster Jalan Harun menjadikan kes kumulatif setakat semalam sebanyak 4,742 kes dengan kematian kekal lapan orang.