Beri 'upah' RM5 selepas rogol budak 8 tahun

Iklan
Gambar hiasan

KOTA KINABALU - Umpan gula-gula dan diberi 'upah' sebanyak RM5. Itu tindakan seorang penagih dadah yang merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun di sebuah pondok kawasan hutan di Inanam di sini pada Rabu lalu.

Suspek berusia 25 tahun itu bagaimanapun berjaya ditahan polis kira-kira jam 1.30 petang semalam selepas ibu mangsa melaporkan kejadian sebaik anaknya mengadu bahawa dia dirogol oleh seorang lelaki tidak dikenali.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 12.11 tengah hari Rabu lalu oleh pengadu yang mengatakan anaknya dirogol seorang lelaki tidak dikenali pada hari yang sama kira-kira jam 9.30 pagi.

"Siasatan mendapati, sebelum kejadian kira-kira jam 8.30 pagi, mangsa telah keluar rumah berseorangan untuk pergi ke rumah ibu saudaranya yang terletak kira-kira 100 meter.

"Ketika dalam perjalanan pulang, mangsa ditahan suspek yang meminta mangsa untuk mengikutinya dengan memberikan gula-gula.

Iklan

"Mangsa kemudian telah mengikuti suspek ke sebuah pondok yang ada di dalam hutan di mana jarak antara rumah mangsa dengan pondok itu kira-kira 300 meter," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Habibi lagi, mangsa berasa takut dan ingin balik ke rumah tetapi dihalang oleh suspek dengan menunjukkan pisau kepada mangsa.

Iklan

"Mangsa yang takut hanya mampu menangis di kawasan pondok itu sebelum suspek bertindak merogol mangsa.

"Suspek kemudian memberikan mangsa wang RM5 supaya mangsa tidak memberitahu kejadian itu kepada bapanya sebelum dia dibenarkan pulang ke rumahnya.

"Sebaik tiba di rumah dalam keadaan menangis, mangsa telah menceritakan kepada pengadu berkaitan kejadian itu dan laporan polis dibuat serta mangsa dirujuk ke hospital untuk tindakan lanjut," katanya.

Habibi berkata lagi, siasatan lanjut di lokasi kejadian mendapati pondok yang terletak di kawasan hutan itu disyaki digunakan untuk aktiviti penagihan dadah.

"Hasil maklumat juga berjaya menahan lelaki terbabit dan siasatan awal mendapati, suspek mengaku merogol mangsa di kawasan pondok itu.

"Suspek juga ada memberikan wang sebanyak RM5 agar mangsa tidak memaklumkan kejadian itu kepada bapa mangsa.

"Ujian saringan awal air kencing suspek juga menunjukkan positif methamphetamine," katanya.

Sehubungan itu, Habibi berkata, suspek direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.