PEKAN - [DIKEMASKINI] Penunggang motosikal dan penumpang sebuah kereta maut dalam nahas babitkan lima kenderaan di Kilometer 66, Jalan Kuantan-Segamat berhampiran simpang Chini di sini, petang tadi.
Dalam kemalangan kira-kira jam 3.30 petang itu, enam yang lain termasuk dua pemandu kenderaan terlibat cedera.