Perhilitan tangkap gajah
Iklan
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berjaya menangkap seekor gajah jantan liar seberat 2.5 tan di Kampung Darat Teladas Air Putih dekat Hulu Kemaman hari ini.
Seramai 30 anggota dari Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah di Pahang dan Perhilitan Terengganu mengambil masa empat jam untuk memindahkan gajah tersebut dengan bantuan dua ekor gajah denak iaitu Abot dan Rambai sebagai pemikat.