Staf Bank Muamalat di Menara Bumiputra disahkan positif Covid-19

Iklan
Bank Muamalat sahkan seorang kakitangannya di ibu pejabat di Menara Bumiputra positif Covid-19. - Foto 123RF

KUALA LUMPUR - Bank Muamalat Malaysia Bhd (Bank Muamalat) mengesahkan seorang kakitangannya di ibu pejabat di Menara Bumiputra disahkan positif koronavirus (Covid-19) dan sedang dirawat di hospital kerajaan.

Menurut Bank Muamalat, ia telah melaksanakan jadual bertugas secara penggiliran di pejabat dan bekerja dari rumah (pasukan A dan B) sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan.

Iklan
Iklan

"Kakitangan berkenaan yang diuji positif Covid-19 itu bertugas secara penggiliran di pejabat (pasukan A) ketika mengetahui beliau telah dijangkiti.

"Jangkitan virus Covid-19 itu bukan daripada Bank Muamalat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Iklan

Sebagai langkah berwaspada, bank itu berkata, semua rakan sekerja yang mempunyai sentuhan secara langsung dengan kakitangan itu telah diarahkan untuk menjalani kuarantin kendiri dengan tinggal di rumah bagi tempoh 14 hari akan datang sehingga diberi pelepasan perubatan yang sewajarnya.

Tambahnya, prosedur sanitasi dan pembersihan telah dijalankan di Menara Bumiputra, manakala aras yang terjejas akan terus ditutup selama 14 hari.

Iklan

Bagaimanapun, ibu pejabat Bank Muamalat akan terus dibuka untuk kakitangan yang perlu berada di pejabat.

Bank Muamalat mengambil langkah yang agresif untuk menjaga kesihatan dan keselamatan para pelanggan, kakitangan dan masyarakat.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Bank Muamalat di www.muamalat.com.my atau hubungi pusat khidmat pelanggan di talian 03-26005500. - Bernama