KUALA LUMPUR - Universiti Teknologi MARA (UiTM) menafikan penamatan perkhidmatan 600 pensyarah sambilan seperti dilaporkan sebuah portal berita berbahasa Inggeris semalam.
Menerusi kenyataan hari ini, Naib Canselor UiTM, Profesor Emeritus Datuk Ir Dr Mohd Azraai Kassim menyifatkan laporan bertajuk ‘UiTM re-assesses 600 part-time lecturers after funding cut’ sebagai salah tafsir serta mengelirukan pelbagai pihak.