Tun M ucap tahniah kepada chef pastri Malaysia!
Iklan
Pasukan Malaysia meraikan kejayaan memenangi trofi Piala Dunia Pastri 2019 yang diadakan di Chassieu, Lyon, Perancis. - Foto AFP
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengucapkan tahniah kepada satu pasukan chef pastri Malaysia yang telah dinobatkan sebagai juara Piala Dunia Pastri 2019 atau Coupe du Monde de la Pâtisserie di Lyon, Perancis.
"Tahniah #TeamMalaysia. Rakyat Malaysia bangga dengan pencapaian ini. Malaysia Boleh!," Dr Mahathir menjawab Twitter Sunway University, hari ini.
Iklan
Iklan
Pasukan Malaysia yang terdiri daripada Ketua Chef School of Hospitality, Universiti Sunway, Patrick Siau dan peserta Tan Wei Loon, Otto Tay dan Loi Ming Ai.
Mereka mengalahkan 20 pasukan lain termasuk dari Jepun dan Itali dalam pertandingan akhir pada 28 Januari.
Iklan
Media tempatan melaporkan, pasukan itu ditugaskan menghasilkan tiga pencuci mulut coklat dengan crab gran Valrhona, tiga pencuci mulut pelbagai buah-buahan sejuk beku Ravifruit, 15 pencuci mulut yang sama di atas pinggan, dan ciptaan seni yang diperbuat daripada gula, coklat dan ais hidrik yang diukir.
Piala Pastri Dunia itu merupakan acara antarabangsa yang diadakan setiap dua tahun sekali di Lyon, Perancis.
Iklan
Ia diadakan untuk mengiktiraf bakat pastri muda yang terbaik dari seluruh dunia, dengan proses pemilihan yang melibatkan lebih daripada 50 pusingan kebangsaan dan empat acara pemilihan dari benua Asia, Afrika, Eropah dan Amerika Latin. - Bernama
BERITA SEMASA 28 MEI 2024
Pemilik kenderaan diesel persendirian individu, petani kecil dan pekebun kecil komoditi diminta segera mengemukakan permohonan untuk mendapatkan 'fleet card' bagi membolehkan terus menikmati subsidi bahan bakar itu, lapor wartawan Sinar Harian, Norawazni Yusof.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh berkata, hanya mereka yang memiliki 'fleet card' akan dapat menikmati harga diesel bersubsidi selepas kerajaan melaksanakan dasar subsidi bersasar nanti.
Permohonan itu boleh dikemukakan secara dalam talian melalui pautan MySubsidi Diesel dan akan diselaraskan KPDN.
Fuziah berkata, terdapat 23 jenis kenderaan barangan yang layak menerima subsidi diesel melalui Sistem Kawalan Subsidi Diesel (SKSD) 2.0.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/667149/berita/nasional/mohon-segera-fleet-card-sebelum-subsidi-diesel-ditarik---fuziah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com