Kelantan catat sembilan kes baharu Covid-19

Iklan
Jangkitan Covid-19 mencatatkan sebanyak 1,884 kes baharu hari ini.

KOTA BHARU - Kelantan mencatatkan sembilan kes baharu jangkitan Covid-19 hari ini melibatkan daerah Machang dan Kota Bharu.

Kes ke-280, 281, 283, 284, 285, dan 286 di Mukim Ulu Sat, Machang adalah merupakan kontak rapat Kluster Mengketil termasuklah kes 282 di Mukim Panyit, Machang.

Iklan
Iklan

Sementara itu kes ke-287 dan 288 di Mukim Ketereh, Kota Bharu pula ialah kontak rapat kes ke-279.

Tiga kes sembuh dan discaj dilaporkan hari ini iaitu kes ke 199, 201 dan 206 dan kes dalam rawatan ialah 83 orang termasuk dua kes dirawat di Unit Rawatan Rapi iaitu kes ke 265 dan 279.

Iklan

Terdapat dua zon jingga iaitu daerah Kota Bharu, 35 kes tempatan dan Machang 34 kes tempatan.

Dua zon kuning pula ialah Tanah Merah melibatkan 18 kes tempatan, Pasir Mas enam kes tempatan dan Kuala Krai satu kes tempatan.

Iklan

Lima zon hijau pula ialah Tumpat, Bachok, Pasir Puteh, Gua Musang dan Jeli.

Enam kes import B iaitu jangkitan dari luar Kelantan iaitu di Pasir Puteh satu kes melibatkan kontak rapat Kluster Cergas, Negeri Sembilan.

Jeli dan Tumpat pula mencatatkan dua kes iaitu saringan berisiko dari Sabah dan Tumpat juga mempunyai satu kes saringan berisiko dari Johor.

Secara keseluruhannya, jumlah kes adalah sebanyak 288 dan jumlah kes aktif dalam tempoh 14 hari ialah 100 kes.