KOTA KINABALU - Sebanyak 83 notis saman dikeluarkan kepada pemandu dan kenderaan atas pelbagai kesalahan dalam operasi bas ekspres sempena Op Selamat ke-14 yang dijalankan di Jalan Tuaran, semalam.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik kontinjen Sabah, Deputi Superintendan Parum Niot berkata, saman itu dikeluarkan hasil pemeriksaan ke atas 146 kenderaan termasuk 27 bas ekspres.