Safawi belum dapat peluang
Iklan
PENYERANG sensasi negara, Safawi Rasid belum berpeluang untuk beraksi dalam kesebelasan utama Portimonense SC selepas tidak diturunkan pada aksi menentang UD Leiria dalam aksi pusingan ketiga Taca de Portugal, awal pagi tadi.
Pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu hanya berada di bangku simpanan ketika pasukannya tewas 0-1 kepada kelab divisyen tiga Portugal itu.