KUALA LUMPUR - Bantuan kewangan RM52,000 yang diberikan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kepada Kasma Daniel Kasmayudin adalah sumbangan peribadi kementerian kepada pelumba itu untuk menampung tiket penerbangan dan kos penginapan bagi menyertai Kejuaraan Dunia Moto2 musim ini.
Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) dalam kenyataan memaklumkan badan induk itu tidak pernah mencampuri urusan melibatkan pelumba berusia 20 tahun itu dengan pasukannya, OneXOX TKKR SAG Team yang bersaing dalam Kejuaraan Dunia Moto2.