Rizab antarabangsa BNM berada pada AS$104.9 bilion

Iklan
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia mencecah AS$104.9 bilion pada 13 November berbanding AS$104.6 bilion yang direkodkan semasa 30 Oktober lalu. - Foto 123RF

KUALA LUMPUR - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) mencecah AS$104.9 bilion pada 13 November berbanding AS$104.6 bilion yang direkodkan semasa 30 Oktober lalu.

BNM dalam satu kenyataan hari ini berkata, kedudukan rizab itu mencukupi untuk membiayai 8.6 bulan import tertunggak dan 1.2 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.

Iklan
Iklan

Bank pusat itu berkata, komponen utama rizab antarabangsa itu adalah rizab mata wang asing (AS$95.2 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR; AS$1.2 bilion), emas (AS$2.4 bilion), dan aset rizab lain (AS$4.7 bilion).

Aset-aset ini terdiri daripada emas dan pertukaran asing serta termasuk SDR berjumlah RM435.95 bilion, Kertas kerajaan Malaysia (RM10.98 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM9.41 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM17.41 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion), serta aset lain (RM13.66 bilion).

Iklan
Iklan

Katanya lagi, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM171.79 bilion), mata wang dalam edaran (RM128.14 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM144.09 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM12.32 bilion), dan deposit lain (RM8.3 bilion), kertas Bank Negara (RM13.59 bilion), peruntukan SDR (RM7.85 bilion) serta liabiliti lain (RM5.36 bilion). - Bernama