Tindakan pantas jiran selamatkan tiga beranak
Iklan
Keadaan rumah Wan Johari di Kampung Baru Chenor, Maran yang hangus dalam kebakaran pada Rabu lalu.
MARAN - Tindakan pantas jiran yang kebetulan lalu di hadapan rumah menyelamatkan tiga beranak dalam kejadian kebakaran di sebuah rumah di Kampung Baru Chenor, Rabu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, rumah terbabit musnah hingga menyebabkan keluarga tersebut tinggal sehelai sepinggang.
Iklan
Iklan
Pemilik rumah, Wan Johari Wan Yusof, 67, berkata, semasa kejadian anak perempuan dan dua orang cucunya berada di rumah manakala dia ke klinik berhampiran membawa bapanya mendapatkan rawatan.
"Nasib baik seorang jiran lalu di hadapan rumah dan bergegas masuk ke dalam untuk memberitahu anak saya serta membantu mengalihkan kereta," katanya ketika ditemui hari ini.
Iklan
Ujarnya, beliau bersyukur kerana semua ahli keluarganya selamat walaupun semua harta benda gagal diselamatkan.
"Setakat ini jumlah kerugian yang dinyatakan pihak bomba dianggarkan kira-kira RM450,000," katanya lagi.
Iklan
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenor, Mujibur Rahman Ishak yang melawat mangsa semalam turut menghulurkan bantuan wang tunai bagi meringankan beban mangsa.
Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada keluarga berkenaan seperti barangan keperluan makanan, selimut dan sebagainya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="SPM: 15,918 layak terima sijil di Pahang, 517 dapat semua A" /><meta itemprop="description" content="SPM: 15,918 layak terima sijil di Pahang, 517 dapat semua A
BERITA SEMASA 27 MEI 2024
Seramai 517 daripada 16,782 calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 di Pahang berjaya memperoleh keputusan semua A, lapor wartawan Sinar Harian, Norawazni Yusof.
Pengarah Jabatan Pendidikan Pahang, Amzan Abd Malek berkata, daripada jumlah itu, seramai empat calon memperoleh semua A .
Beliau memberitahu, seramai 110 Calon Berkeperluan Pendidikan Khas (CBPK) iaitu dalam kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) menduduki peperiksaan tahun lalu.
Jelasnya, 11 calon telah mendapat keputusan cemerlang sekurang-kurangnya 5A daripada jumlah terbabit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/666899/edisi/pahang/spm-15918-layak-terima-sijil-di-pahang-517-dapat-semua-a
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #pelajar #SPM #KPM #Pahang" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-27T07:18:12.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WMUdI1cL3KBlcEKKW/x180" /><meta itemprop="duration" content="P55S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8z5az6" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8z5az6"></script>