PENYERANG pasukan Perak, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi mengakui masih sayangkan skuad The Bos Gaurus di sebalik tawaran yang diterimanya daripada beberapa pasukan Liga Super lain termasuk Selangor untuk musim depan.
Bagaimanapun, pemain berusia 26 tahun dan juga penyerang skuad kebangsaan itu berkata, dia masih ada masa untuk membuat keputusan sama ada kekal bersama skuad tersebut atau berhijrah memandangkan kontraknya bersama Perak hanya tamat pada 31 Disember ini.