Syed Saddiq mahu ubah landskap Bandar Muar
Iklan
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
MUAR – Golongan belia perlu diberi ruang mengembangkan budaya inovasi dan kreativiti dalam membentuk golongan itu menjadi aset penting untuk membangunkan negara.
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, justeru landskap bandar Muar yang lebih dikenali sebagai bandar orang pencen perlu diubah kepada bandar orang muda.
Iklan
Iklan
"Saya sedang giat memberikan tempat dan ruang untuk belia mengembangkan kreativiti dan inovasi di bandar Muar yang terkenal dengan nilai warisan serta sejarah tersendiri.
"Dahulu bandar Muar lebih dikenali sebagai bandar orang pencen, tetapi saya nak jadikan bandar Muar ini sebagai bandar orang muda,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival Belia ‘Bando Muo’ di Tanjung Emas di sini, hari ini.
Iklan
Festival dua hari itu menampilkan pelbagai acara menarik bagi menarik minat belia dalam bidang kreatif dan inovasi seperti bengkel kerjaya, pertandingan E-Sport, festival muzik dan sesi percambahan minda bersama karyawan terkenal, Datuk M Nasir.
Syed Saddiq yang juga menteri belia dan sukan berkata, usaha memberikan tempat dan ruang buat anak muda kreatif dan inovatif itu penting dalam membangunkan tahap sosioekonomi di kawasan bandar itu serta membuka peluang pekerjaan kepada golongan itu.
Iklan
"Usaha ini dapat mengelak golongan muda di Muar berhijrah ke bandar-bandar besar dan saya nak pastikan Muar ada banyak peluang untuk anak muda dan apabila kita sudah berjaya lakukan di Muar, saya tengok tiada sebab kita tidak boleh melakukannya di tempat lain di negara ini,” katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bukan lantikan politik, fokus kebajikan Orang Asli - Marina"><meta itemprop="description" content="Pelantikan Marina Ibrahim sebagai pegawai khas bagi membantu menjaga kebajikan masyarakat Orang Asli di Johor di Yayasan Sultan Ibrahim Johor bukan lantikan politik, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai itu berkata, tanggungjawab berkenaan diterima dengan penuh rasa rendah diri dan menyifatkannya sebagai amanah besar untuk memastikan kebajikan serta kepentingan masyarakat Orang Asli di negeri ini terus diberi perhatian.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795046/edisi/johor/bukan-lantikan-politik-fokus-kebajikan-orang-asli---marina
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #OrangAsli #MarinaIbrahim"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-06T06:09:00.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/e5O8s1gdGDyjEWlIL/x1080"><meta itemprop="duration" content="P64S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb4dyye"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb4dyye"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb4dyye"></script>