PNB lupus pegangan dalam CCM
Iklan
Ahmad Zulqarnain Onn
PERMODALAN Nasional Berhad (PNB) mencapai persetujuan dengan Batu Kawan Berhad (BKB) untuk melupuskan keseluruhan pegangan sahamnya sebanyak 56.3 peratus dalam Chemical Company of Malaysia Berhad (CCM) yang dipegang oleh PNB dan dana unit amanahnya berjumlah RM292.8 juta.
Harga itu mewakili premium sebanyak 69 peratus daripada harga saham purata berwajaran tiga bulan dan penjualan tersebut akan mencetuskan tawaran umum wajib oleh BKB untuk baki saham dalam CCM.
Iklan
Iklan
Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, pelupusan itu adalah sebahagian dari strategi kepelbagaian aset PNB untuk mengimbangi portfolio dan konsisten dengan usahanya untuk terus meningkatkan nilai supaya dapat memberi pulangan yang mampan kepada pemegang unit.
"Proses penjualan dan penentuan harga yang tepat telah dilakukan secara menyeluruh oleh penasihat kami, Maybank Investment Bank Berhad dan kami berpuas hati dengan harga jualan akhir yang memberikan premium yang tinggi berbanding harga pasaran,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Iklan
Beliau berkata, sepertimana setiap keputusan pelaburan dan pelupusan PNB yang lain, penjualan itu dilakukan dengan teliti dan meliputi proses tadbir urus pelbagai peringkat bagi memastikan ia memenuhi dasar dan objektif pelaburan PNB yang ketat.
Katanya, CCM adalah pengeluar produk salutan klor-alkali dan polimer terkenal di Malaysia yang merupakan antara tiga pengeluar utama lapisan polimer untuk industri sarung tangan dan satu daripada pengeluar terbesar klorin untuk rawatan bekalan air.
Iklan
Menurutnya, dalam tempoh CCM merupakan syarikat strategik PNB, ia telah melalui pelbagai inisiatif termasuk pemisahan CCM Duopharma Biotech Berhad daripada CCM pada tahun 2017 yang memberi syarikat tersebut ketangkasan untuk meneruskan strategi pertumbuhannya bagi memastikan kemampanan syarikat di masa depan.
Beliau berkata, dengan pengalaman dan pengetahuan luas BKB dalam industri kimia, PNB percaya bahawa BKB serasi dengan strategi CCM, dan dapat memperkukuhkan kedudukannya sebagai antara peneraju syarikat kimia di Malaysia.
Pada masa yang sama katanya, penglibatan BKB yang kini diperluas dalam pembuatan bahan kimia industri akan membolehkan CCM untuk memenuhi keperluan pelanggan dan pasaran geografi yang lebih luas.
"Kami sangat menghargai kepercayaan dan keyakinan para pemegang unit kepada kami untuk menghasilkan pulangan bagi pelaburan mereka, dan kami akan terus berusaha dan bertindak demi kepentingan terbaik mereka.
"Sebagai penjaga kekayaan milik berjuta pemegang unit Bumiputera dan rakyat Malaysia, PNB sentiasa mendukung mandat kami dalam setiap keputusan pelaburan dan terus komited melaksanakan standard pengendalian tertinggi dalam usaha menjana pulangan kepada pemegang unit kami,” katanya.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.