PUTRAJAYA - Kutipan sisa kitar semula meningkat kepada 2,188.95 tan dari Januari hingga September tahun ini berbanding 1,546.81 tan dalam tempoh sama tahun lepas, dengan peningkatan ketara direkodkan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, kutipan tertinggi dicatatkan pada April dan Mei iaitu masing-masing sebanyak 287.7 tan dan 307.63 tan berbanding 157.31 tan dan 163.15 tan pada 2019.