Penanaman anak pokok bakau

Iklan

Sukarelawan dilihat sibuk melakukan kerja-kerja menanam dan mengikat anak pokok bakau spesis Bakau Kurap (Rhizophora Mucronata) dan Bakau Minyak (Rhizophora Apiculata) pada pancang kayu yang ditanam sedalam 0.6 meter bagi memastikan anak pokok bakau tersebut tidak dibawa arus ombak ketika tinjauan fotoBernama di Kampung Gelam Batu 1 hari ini.

Penanaman anak pokok bakau tersebut adalah insiatif program Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, bertujuan memulihara pesisiran pantai serta sebagai pelindung semula jadi bagi mengurangkan kemusnahan akibat kejadian alam dan hakisan ombak.

Iklan
Iklan

Sebanyak 3,750 batang anak pokok bakau telah ditanam di tanah kerajaan Kampung Gelam merangkumi seluas 1 hektar manakala 0.5 hektar di Hutan Simpan paya bakau Mukim Jimah pada tahun ini.