Guan Eng saran hanya UMNO letak calon di Gerik
Iklan
Lim Guan Eng
SHAH ALAM - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggesa parti lain supaya tidak meletakkan calon untuk melawan UMNO pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Gerik berikutan kematian Ahli Parlimen kawasan itu, Datuk Hasbullah Osman semalam.
Guan Eng berkata, PRK yang bakal berlangsung di situ boleh menimbulkan risiko kesihatan dan keselamatan awam berikutan Malaysia berada di tengah-tengah lonjakan tinggi jangkitan Covid-19.
Iklan
Iklan
"Keselamatan awam harus didahulukan dan menjadi keutamaan berbanding politik dan pilihan raya. Orang ramai juga tidak dapat melupakan lonjakan jangkitan Covid-19 setelah Sabah terpaksa mengadakan pilihan raya umum kerana politik wang dan cubaan membeli Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk merampas hak rakyat bagi memilih kerajaan negeri mereka sendiri.
"Seharusnya kita perlu berhenti bermain politik pilihan raya sehingga bahaya dan risiko yang ditimbulkan oleh Covid-19 berakhir,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Iklan
Sementara itu, Guan Eng berkata, DAP merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Hasbullah atas pemergian pemimpin UMNO Perak berusia 63 tahun itu.
ARTIKEL BERKAITAN Ahli Parlimen Gerik meninggal dunia
"Walaupun berada di sebelah pihak berlawanan, Hasbullah telah berkhidmat lebih daripada dua penggal sebagai ahli Parlimen dan kepada rakyat di kawasannya,” katanya.
Iklan
Hasbullah disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung oleh pihak Hospital Raub, Pahang.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abdul Hadi dedah kedutaan AS pernah 'risik' calon PM daripada Pas"><meta itemprop="description" content="Abdul Hadi dedah kedutaan AS pernah 'risik' calon PM daripada Pas
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendedahkan bahawa wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) pernah mengajukan soalan mengenai calon Perdana Menteri yang akan diketengahkan oleh parti itu dalam satu pertemuan di kedutaan berkenaan.
Menurut beliau, soalan tersebut diajukan secara langsung kepadanya selepas dua pimpinan kanan Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, terlebih dahulu menghadiri pertemuan dengan pihak kedutaan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794980/berita/politik/abdul-hadi-dedah-kedutaan-as-pernah-risik-calon-pm-daripada-pas
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbdulHadi #Politik #CalonPM #AmerikaSyarikat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-05T12:10:32.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb462qe"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb462qe"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb462qe"></script>