Peluang kerja di sektor pembinaan bagi mereka hilang pekerjaan
Iklan
Fadillah - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya sedia menerima mereka di luar sektor pembinaan yang hilang pekerjaan ketika pandemik koronavirus (Covid-19) ini untuk dilatih dan ditempatkan dalam sektor berkenaan menerusi sebuah program khas, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.
Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, program latihan kemahiran dan penempatan pekerja melalui Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) itu dibangunkan dengan keutamaan diberi kepada pekerja tempatan dan latihan ‘reskill’ (latihan semula) serta ‘upskill’ (peningkatan kemahiran) akan diberikan.
Iklan
Iklan
"Mereka akan ditempatkan di Akademi Binaan Malaysia (ABM). Setakat ini, mereka akan ditempatkan di sektor pembinaan selama tiga bulan dan sehingga ini seramai 289 telah dilatih dan ditempatkan kerja,” katanya pada sesi soal jawab di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Robert Lawson Chuat (GPS-Betong) yang ingin tahu sama ada kementerian itu ada menjalankan latihan seumpamanya kepada mereka yang hilang pekerjaan di luar sektor pembinaan.
Iklan
Dengan kebergantungan negara kepada pekerja asing, Fadillah mengakui sektor itu yang menawarkan peluang pekerjaan dalam sektor-sektor separa mahir dan mahir, kekurangan pekerja tempatan.
Menjawab soalan asal Robert mengenai bilangan pelatih ABM, Fadillah berkata sejak ditubuhkan pada tahun 1997, kesemua enam ABM di bawah seliaan CIDB berjaya melatih 146,746 belia dan 274,555 personel binaan dalam pelbagai bidang kemahiran.
Iklan
"Latihan dalam industri binaan di bawah ABM adalah satu daripada inisiatif kerajaan dalam meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran pekerja tempatan. Ia selaras usaha kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing,” katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>