Covid-19: 1,103 kes baharu, empat kematian

Iklan
Dr Noor Hisham pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,103 kes positif baharu jangkitan koronavirus (Covid-19) dan empat kematian dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif penularan wabak itu 48,520 kes manakala kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 12,601 kes.