Pelajar Tingkatan Enam maut kemalangan
Iklan
Keadaan motosikal mangsa yang rosak teruk akibat kemalangan tersebut. - Foto: Pembaca
RANTAU PANJANG - Seorang pelajar Tingkatan Enam maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta berhampiran simpang masuk ke sebuah pasaraya di Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang dekat Kampung Banggol Kulim, di sini malam tadi.
Dalam kejadian pada jam 10 malam itu mangsa yang maut dikenali sebagai Mohamad Baihaqie Abd Ghaffar, 18, pelajar Maahad Muhammadi Rantau Panjang.
Iklan
Iklan
Difahamkan mangsa dalam perjalanan ke sekolah untuk mengikuti pengajian secara dalam talian bersama rakan-rakannya.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sharif berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Yahama Y-15 dari arah Rantau Panjang ke Pasir Mas dalam perjalanan ke asrama lelaki Maahad Muhammadi.
Iklan
"Setiba di lokasi kejadian, sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 39 tahun dari arah bertentangan telah masuk ke simpang sebelah kanan pasaraya itu secara tiba-tiba," katanya ketika dihubungi.
Mohamad Baihaqie yang merupakan pelajar tingkatan enam Maahad Muhammadi Rantau Panjang maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta berhampiran simpang masuk ke sebuah pasaraya di Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang dekat Kampung Banggol Kulim, Rantau Panjang.
Menurutnya, terkejut dengan kejadian itu remaja tersebut tidak sempat mengelak dan terus melanggar kenderaan yang dinaiki oleh lelaki tersebut bersama isteri.
Iklan
Beliau berkata, kesan perlanggaran itu menyebabkan mangsa maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.
Mohamad Roy berkata, siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut masih lagi diteruskan.
Katanya, kes tersebut disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Naskhah akhbar lama berusia 69 tahun yang merekodkan detik bersejarah pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957 masih disimpan rapi sebuah keluarga di Kampung Kekabu, Lemal, Pasir Mas meskipun pernah ditawar RM20,000 beberapa tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Naskhah The Sunday Times bertarikh 1 September 1957, iaitu sehari selepas pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu, kini berada dalam simpanan Noorulhuda Ibrahim, 44, selepas suaminya, Mohd Tarmizi Ismail meninggal dunia akibat sakit buah pinggang pada Ogos 2023.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794108/edisi/kelantan/akhbar-69-tahun-catat-sejarah-kemerdekaan-masih-disimpan-pernah-ditawar-rm20000
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.