PKPD: Lima lagi penduduk Medan 88 serah diri
Iklan
PUTRAJAYA - Seramai 32 penduduk Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang yang tidak pulang ke kediaman masing-masing sejurus mendapat maklumat kawasan itu akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) telah tampil menyerah diri.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof menerusi satu kenyataan berkata, 13 orang menyerah diri pada Khamis lepas, 11 menyerah diri pada Jumaat, tiga pada Sabtu manakala lima lagi menyerah diri semalam.