Amanah sahkan ADUN Meru keluar parti sertai PKR

Iklan
Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar

SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) mengesahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar telah keluar daripada parti tersebut bagi menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Setiausaha Amanah Selangor, Ar Kamarul Hisham Yeop Hashim dalam satu kenyataannya hari ini.

Iklan
Iklan

"Amanah Selangor ingin memaklumkan bahawa Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar, Adun Meru telah keluar dari Parti Amanah Negara untuk menyertai PKR. Oleh itu, semua jawatan parti yang disandang oleh beliau terbatal serta merta.

"Amanah Selangor mengucapkan terima kasih di atas sumbangan beliau selama ini,” katanya.

Iklan
Iklan