UNSC perlu jujur tangani konflik Israel-Palestin: Muhyiddin
Iklan
KUALA LUMPUR - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) perlu jujur memainkan peranannya sebagai orang tengah kepada pihak terbabit dalam kancah konflik Israel-Palestin bagi memastikan keamanan, keselamatan dan kestabilan yang berterusan di rantau itu, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Perkara itu disuarakan Perdana Menteri pada Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) ke-15 hari ini yang menyeru masyarakat antarabangsa terutama PBB memikul tanggungjawab penuh berdasarkan piagamnya dalam menyelesaikan konflik.