Kanak-kanak lelaki mangsa amang seksual anak pengasuh

Iklan
Seorang kanak-kanak lelaki dipercayai menjadi mangsa amang seksual anak pengasuhnya di sebuah rumah di Kuala Lumpur Isnin lalu. - Foto 123RF

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak lelaki dipercayai menjadi mangsa amang seksual anak pengasuhnya di sebuah rumah di sini Isnin lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, kejadian itu diketahui ibu mangsa selepas diberitahu anaknya yang tidak selesa berada di rumah pengasuhnya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mangsa memberitahu bahawa suspek (anak pengasuh) menarik tangannya dan membuat isyarat supaya menyuruh menghisap kemaluannya semasa berada di dalam bilik.

"Kemudian suspek lelaki itu mencium mulut mangsa berusia lapan tahun sebelum memasukkan tangannya ke dalam seluar mangsa.

Iklan

"Difahamkan perbuatan itu berlaku sebanyak dua kali di rumah pengasuh terbabit," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Katanya bagi mengelakkan kejadian itu terbongkar suspek memberitahu mangsa supaya tidak memaklumkan perkara itu kepada sesiapa.

Iklan

"Suspek berusia 29 tahun ditahan di rumahnya kira-kira jam 11 pagi pada keesokan hari selepas ibu kanak-kanak yang berusia 30-an itu membuat laporan polis.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya.