Kuliah agama ditangguh sehingga 28 November: Maik

Iklan
Gambar hiasan. Gambar kecil: Tengku Mohamad Rizam

KOTA BHARU - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) mengarahkan semua kuliah agama di masjid, surau dan musala di seluruh negeri ditangguhkan bermula hari ini sehingga 28 November depan.

Yang Dipertuanya, Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, penangguhan berkenaan mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V bagi mengekang penularan koronavirus (Covid-19).

Iklan
Iklan

Menurutnya, arahan berkenaan mengambil kira peningkatan jumlah kes Covid-19 di seluruh negara termasuk di Kelantan.

"Maik telah memutuskan penangguhan semua kuliah agama termasuk kelas al-Quran di masjid, surau dan musala bermula 14 November sehingga 28 November 2020,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Iklan

Bagaimanapun beliau berkata, solat fardu dan solat sunat boleh dilaksanakan seperti biasa dengan mematuhi semua prosedur operasi standard pencegahan wabak Covid-19 yang dikeluarkan oleh Maik sebelum ini.

"Saya juga mendoakan wabak Covid-19 yang sedang mengancam negara pada masa ini segera berakhir dan diangkat oleh ALLAH SWT,” katanya.

Iklan

Sementara itu, sehingga semalam kes di Kelantan ialah 205 dan empat daerah iaitu Jeli, Machang, Kota Bharu dan Tanah Merah masih diisytiharkan zon kuning.

ARTIKEL BERKAITAN: Maik arah kuliah agama ditangguh mulai hari ini