Agong, Permaisuri ucap selamat menyambut Deepavali

Iklan
Foto: Facebook Istana Negara

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada semua masyarakat beragama Hindu di seluruh negara.

Kedua-dua Seri Paduka Baginda menyampaikan ucapan tersebut menerusi satu hantaran di akaun Facebook Istana Negara hari ini.

Iklan
Iklan

"Semoga festival cahaya akan menerangi kehidupan anda dengan keamanan, kemakmuran, kesihatan dan kegembiraan,” menurut hantaran tersebut.- Bernama

Iklan
Iklan