Dua lelaki Myanmar ditahan dipercayai rogol wanita OKU

Iklan
Mohd Adli Mat Daud

HULU TERENGGANU - Dua lelaki warga Myanmar ditahan dipercayai terlibat dalam kes rogol membabitkan seorang wanita kurang upaya (OKU) dalam kejadian di sebuah rumah kongsi di Ajil, di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, kedua-dua suspek berusia 20-an ditahan sekitar jam 11 malam tadi di dua lokasi berasingan di sekitar Ajil.

Iklan
Iklan

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa yang merupakan OKU pendengaran dan bisu dirogol suspek pada jarak 50 meter daripada kediaman mangsa sekitar jam 7.30 hingga 8 malam.

"Berdasarkan siasatan, suspek dipercayai memperdaya mangsa dengan memanggil mangsa yang ketika itu berada di ruang dapur rumah. Mangsa kemudiannya menuruti suspek.

Iklan

"Selepas kejadian mangsa berusia 23 tahun itu dikatakan pulang ke rumah dan menangis.

"Selepas disoal, mangsa menceritakan apa yang berlaku kepada keluarganya sebelum dibawa untuk membuat laporan di Balai Polis Ajil, semalam," katanya kepada pemberita, malam ini.

Iklan

Mohd Adli bekata, kedua-dua suspek telah dibawa ke Mahkamah Marang hari ini dan ditahan reman selama tujuh hari sehingga 19 November depan.

Kes itu disiasat dibawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.