Budak lelaki hanyut dalam longkang
Iklan
AMPANG - Seorang kanak-kanak lelaki warga Myanmar berusia 12 tahun terjatuh ke dalam longkang besar dan dihanyutkan air dalam kejadian berhampiran sebuah hospital di sini, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada orang awam pada jam 5.30 petang.