Pencemaran: JAS, MPK ambil tindakan terhadap kilang haram

Iklan
Kilang haram di sekitar Teluk Gong, Klang dikenakan tindakan oleh JAS Selangor dan MPK.

KLANG - Sebuah kilang haram di sekitar Teluk Gong, di sini dikenakan tindakan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor selepas didapati menyebabkan pencemaran pada sumber air.

Menerusi kemas kini di laman Facebook rasmi JAS semalam, serbuan yang dilaksanakan bersama Majlis Perbandaran Klang (MPK) itu telah menggempur operasi sebuah kilang yang menjalankan aktiviti penghancuran dan cucian plastik terpakai di kawasan terbabit.

Iklan
Iklan

Katanya, siasatan awal mendapati sisa buangan dari kilang berkenaan telah dikesan dilepaskan ke alur air sehingga menyebabkan pencemaran.

"JAS Selangor telah mengambil tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Iklan

"Kertas siasatan telah dibuka berhubung kesalahan-kesalahan di bawah Seksyen 34A(2) dan Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 akta yang sama," katanya.

Selain itu, MPK turut mengambil tindakan ke atas pemilik premis kilang terbabit yang menjalankan operasi tanpa memiliki lesen yang sah.

Iklan

Difahamkan, satu notis henti aktiviti telah dikeluarkan serta-merta oleh MPK ke atas pemilik premis terlibat di bawah Undang-undang Akta Kerajaan Tempatan 171 No 108.

Dalam pada itu, Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menerusi perkongsian di laman Facebook rasminya hari ini turut menzahirkan penghargaan di atas kejayaan JAS Selangor dan MPK yang mengambil tindakan tegas terhadap operasi kilang haram tersebut.

"Tahniah, JAS Selangor! Operasi bersepadu JAS Selangor dan MPK telah menggempur kilang haram di Teluk Gong," katanya.