'Pelan B' Donald Trump

Iklan
Trump masih enggan menerima kekalahannya kepada Biden. - Foto Agensi

WASHINGTON - Presiden ke-45 Amerika Syarikat (AS), Donald Trump rupa-rupanya sudah mempunyai ‘pelan B’ jika beliau masih gagal mempertahankan jawatannya di Rumah Putih.

The New York Post memetik kenyataan sumber rapat beliau melaporkan Trump dihujani tawaran untuk menandatangani kontrak buku dan televisyen bernilai AS$137 juta (RM566 juta).

Iklan
Iklan

Semalam, kempen Trump mengambil satu lagi tindakan undang-undang berhubung kekalahan beliau di Michigan yang pernah dimenanginya pada 2016 dengan 2.6 mata peratusan.

Kem Trump sekali lagi mendakwa berlaku penipuan undi terutamanya di kubu kuat Demokrat di daerah Wayne termasuk Detroit.

Iklan

Dalam perkembangan berkaitan, Georgia akan mengira semula kertas undi Pilihan Raya Presiden AS 2020 secara manual yang dijangka dapat diselesaikan menjelang 20 November ini.

Setiausaha Negeri, Brad Raffensperger berkata, langkah itu dibuat berikutan margin terlalu kecil selepas keputusan menunjukkan Joe Biden mendahului Donald Trump hanya dengan 14,101 daripada kira-kira lima juta undi keseluruhan.

Iklan

Isnin lalu, dua senator Georgia, David Perdue dan Kelly Loeffler daripada Republikan menggesa Raffensperger meletak jawatan atas ketidakcekapan pengurusan beliau pada pemilihan itu walaupun tiada bukti menunjukkan berlaku penipuan seperti sering didakwa Trump.

Sementara itu, parti Republikan diwakili Trump dilaporkan memenangi satu lagi kerusi Senat dan hanya memerlukan satu lagi undi untuk meraih majoriti.

Menurut laporan CNN dan NBC TV, Senator Dan Sullivan dilantik semula selepas memenangi lebih 57 peratus undi, sekali gus menjadikan Republikan kini memperoleh 50 kerusi berbanding 48 yang diraih Demokrat.

Keputusan terbaharu itu juga menunjukkan Trump menang di Alaska dan mendapat tiga lagi undi elektoral, namun angka itu tidak menjejaskan kedudukan pesaingnya, Joe Biden yang telah memperoleh 279 daripada 538 undi elektoral.