Dr Noor Hisham nasihat 'frontliners' berkhidmat kerana ALLAH SWT

Iklan
Dr Noor Hisham menyeru kepada semua 'frontliners' supaya pasangkan niat berkhidmat kerana ALLAH SWT agar segala beban kerja dipermudahkan.

SHAH ALAM - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menasihati semua petugas barisan hadapan supaya sentiasa memasang niat sebelum memulakan tugasan harian dengan nawaitu berkhidmat kerana ALLAH SWT.

Beliau berkata, dengan izin ALLAH SWT, segala beban kerja akan dipermudahkan selepas berusaha bersungguh-sungguh.

Iklan
Iklan

"Marilah kita bertawakkal kembali kepada ALLAH SWT. Ajal maut kita ditentukan oleh ALLAH SWT," katanya dalam hantaran di Facebooknya.

Semalam dalam sidang harian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenasi perkembangan pandemik koronavirus (Covid-19) di negara ini, Noor Hisham mengulas dakwaan yang menyatakan beliau tidak turun padang meninjau keadaan penularan wabak itu di Sabah kerana takut mati.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak timbul isu takut mati, kata Dr Noor Hisham

Dakwaan tersebut dibuat Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing dalam sidang Dewan Rakyat pagi semalam.

Iklan

Menjawab dakwaan itu, Noor Hisham berkata, KKM telah membuat perancangan khusus untuk Sabah dan beliau sendiri pergi ke negeri itu pada akhir Ogos lalu untuk melihat pengurusan dan kesiapsiagaan KKM terutama bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

"Tidak timbul isu kita takut mati. Kita sebagai orang Islam, kita terima kematian itu boleh berlaku di mana-mana, bukan hanya turun padang ataupun tidak," jelasnya.