MetMalaysia keluar nasihat taufan
Iklan
KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat mengenai taufan (VAMCO) yang berada di kedudukan 1,108 kilometer (km) ke timur laut Sandakan di Sabah.
Dalam kenyataan hari ini, MetMalaysia memaklumkan kedudukan ribut itu kira-kira 333 km ke barat laut Pulau Samar di Filipina.