Covid-19: EU akan beli sehingga 300 juta dos vaksin
Iklan
BRUSSELS - Kesatuan Eropah (EU) akan membenarkan kontrak untuk pembelian sehingga 300 juta dos vaksin koronavirus (Covid-19) yang dibangunkan bersama oleh syarikat Jerman BioNTech dan rakannya dari Amerika, Pfizer, lapor agensi berita Xinhua, memetik Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen pada Selasa.
"Ini adalah vaksin yang paling meyakinkan setakat ini," ciapnya di Twitter. Kontrak tersebut, yang akan dimeterai pada Rabu, akan menjadi kontrak keempat yang dijamin EU dengan syarikat farmasi untuk pembelian vaksin Covid-19.