Tiga khemah peniaga ranap dibadai ribut

Iklan
Khemah peniaga rosak dalam kejadian hujan lebat dan ribut di Tanjong Karang awal pagi tadi.

TANJONG KARANG - Tiga daripada empat khemah peniaga di Pekan Tanjong Karang, di sini ranap diterbangkan angin dalam kejadian hujan lebat dan ribut awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 1 pagi itu mengakibatkan khemah peniaga rosak teruk hingga ada di antaranya tersangkut pada tiang elektrik dan diterbangkan angin sejauh 30 meter.

Iklan
Iklan

Seorang peniaga masakan panas, Normah Osman, 59, berkata, dia mengetahui kejadian itu selepas seorang jirannya yang baru pulang dari klinik ternampak khemah jualannya diterbangkan ribut.

"Jiran yang ternampak kejadian itu terus datang ke rumah memaklumkan kepada saya dan kebetulan pada masa kejadian, kami sekeluarga sedang sibuk mengalihkan barangan selepas bumbung ruang tamu rumah tercabut akibat hujan dan angin kuat," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Sebuah khemah peniaga di Pekan Tanjong Karang ranap diterbangkan angin dalam kejadian hujan lebat dan ribut awal pagi tadi.

Iklan

Normah yang berniaga di tapak itu sejak 10 tahun lalu berkata, dia dan ahli keluarganya kemudian bergegas ke tempat kejadian dan terkejut apabila mendapati khemah sudah tersangkut pada tiang elektrik.

"Luluh hati melihat barangan jualan rosak dan khemah saya tercampak jauh," katanya yang mendakwa mengalami kerugian sebanyak RM2,000.

Iklan

Seorang peniaga nasi ayam panggang, Zulhazwan Zulkamal, 26, berkata, dia mengetahui kejadian itu selepas dihubungi pemilik tapak perniagaan.

Luluh hati Zulhazwan selepas khemahnya dibadai ribut dalam kejadian hujan lebat dan ribut di Tanjong Karang awal pagi tadi.

Katanya, kebanyakan barangan perniagaannya rosak akibat kejadian terbabit dengan anggaran kerugian kira-kira RM3,500.

"Saya sudah membuat laporan polis di Balai Polis Tanjong Karang pagi tadi," katanya.