MetMalaysia jangka angin kencang, laut bergelora

Iklan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan keadaan angin kencang dan laut bergelora di perairan negara ini.

Menurut kenyataan jabatan itu, keadaan tersebut dipengaruhi oleh lekukan tropika yang dikesan kira-kira 505 kilometer (km) dari barat laut Mindanao, Filipina pagi tadi.

Iklan
Iklan

"(Lekukan tropika) bergerak ke arah barat dengan kelajuan 18km sejam, dengan kelajuan angin maksimum 56km sejam,” demikian menurut kenyataan itu.

Menurut MetMalaysia, jarak lekukan tropika itu dengan bandar terdekat ialah kira-kira 854km ke timur laut Kudat, Sabah. - Bernama

Iklan
Iklan