Persiapan Deepavali

Iklan
Kelihatan seorang pekerja melakukan kerja-kerja pembersihan bagi persiapan sempena sambutan Deepavali sambil mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika tinjauan di Little India hari ini.

Orang ramai sentiasa diingatkan mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti memakai pelitup muka di kawasan tumpuan ramai bagi mengekang pandemik COVID-19 ketika tinjauan di Little India hari ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini berkata kerajaan bersetuju penganut Hindu di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dibenarkan mengikuti upacara keagamaan pada hari pertama sambutan dengan SOP yang ketat.

Iklan
Iklan

Kelihatan penganut Hindu membuat persiapan perayaan Deepavali atau lebih dikenali sebagai perayaan Pesta Cahaya yang akan disambut 14 Nov ini.