Pisau diguna suspek bunuh Siti Nur Surya dijumpai

Iklan

KUALA BERANG - Pisau yang digunakan suspek dalam kes pembunuhan Siti Nur Surya Ismail, 19, dijumpai di tepi lebuh raya Telemong di sini.

Ketua Polis Daerah Hulu, Terengganu Deputi Superintendan Mohd Adli Daud berkata, senjata berkenaan dipercayai diambil suspek di rumah mangsa dan digunakan sebagai senjata untuk membunuh pada Ahad lalu.

Iklan
Iklan

"Pisau pemotong sayur berkenaan dibuang di tepi lebuh raya Telemong yang dianggarkan kira-kira tiga hingga empat kilometer dari rumah mangsa.

"Ia dijumpai pada hari ketiga selepas kejadian," katanya ketika ditemui selepas Operasi Bersepadu Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 di Hulu Terengganu, malam tadi.

Iklan

Selain itu, Mohd Adli berkata hampir 20 saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan termasuk keluarga suspek dan mangsa.

Dalam kejadian pada 1 November lepas, Siti Nur Surya, yang menjaga ibunya yang terlantar akibat sakit kanser otak, ditemukan mati dengan kesan tetakan pada badan di samping putus tangan kiri dipercayai dibunuh rakan baiknya di Kampung Lubuk Batu, Telemong.

Iklan

Mayatnya ditemukan adik perempuan arwah yang berusia 15 tahun semasa pulang dari sekolah kira-kira 2.30 petang. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Bapa harap pembunuh Siti Nur Surya terima balasan setimpal

Ibu yakin anak tidak bunuh Siti Nur Surya

Ibu masih tidak tahu Siti Nur Surya dibunuh