Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Iklan
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini.
KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka kukuh berbanding dolar AS pagi ini berikutan terdapatnya permintaan diperbaharui untuk mata wang tempatan, kata seorang peniaga.
Pada jam 9.05 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.1380/1430 berbanding dolar AS daripada 4.1480/1530 ketika ditutup petang semalam.
Iklan
Iklan
Ketua Strategi Pasaran Global Axi Stephen Innes berkata ringgit diniagakan lebih baik berikutan kelemahan nilai dolar tetapi masih lagi ketinggalan berbanding mata wang serantau yang lain, terutamanya menjelang pembentangan Belanjawan 2021 petang ini.
Negara teramat memerlukan peruntukan kecemasan bagi merancakkan ekonomi dan memerangi kesan negatif lonjakan kes terbaharu penularan koronavirus (Covid-19).
Iklan
"Namun, saya masih mengharapkan ringgit terus diniagakan dengan baik dengan syarat sentimen risiko dapat terus bertahan,” kata beliau kepada Bernama.
Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama yang lain.
Iklan
Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0607/0662 daripada penutup semalam pada 3.0626/0672 dan mengukuh berbanding euro pada 4.8833/8912 daripada 4.8926/8989.
Bagaimanapun, mata wang tempatan merosot berbanding pound Britain kepada 5.4286/4386 daripada dan lebih rendah berbanding yen pada 3.9911/9963 daripada 3.9789/9841 semalam. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>