MKN bentang perubahan dasar, polisi baharu PKPB, PKPP Sabtu ini
Iklan
KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Majlis Keselamatan Negara (MKN) dijangka membentangkan keputusan mengenai sebarang perubahan dasar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada mesyuarat khas Sabtu ini.
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihak MKN telah membincangkan beberapa prosedur operasi standard (SOP) berkaitan perkara itu pada mesyuarat jawatankuasa teknikal pagi tadi namun belum membuat sebarang keputusan.